Thursday 14 April 2011

5 Sifat Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu

Kita selalu berkata yang budak lelaki ni adalah jenis yang "tidak kesah" dan "tidak mengambil berat" kan? memang, ada sesetengah lelaki memang berhati batu dan memang tidak boleh diajar. Tapi bagi kebanyakkan lelaki, mereka sebenarnya amat mengambil berat akan perempuan. Aku oleh buktikan. :)







Lelaki bersifat "melindungi"
- ok, ini terjadi dekat tempat tusyen aku tadi. Ada sorang kawan perempuan aku ni, Madie namanya. After tuition, dia tunggu mak dia, tapi mak dia datang lambat siket.[kawan kawan lain dah balik dah] And then 2 orang budak laki sekolah aku datang berborak dengan dia. Mereka berdua ni naik motor. so patutnya, kalau dorang nak balik, dorang dah memang boleh balik lah kan? Tapi tak. Dorang teman gak kawan aku si Madie tu. Sampailah turns aku nak balik lak, dorang maseyh ada dekat situ temankan Madie. Dahsyatkan? itulah sikap laki. Dorang tak nak tunjuk yang dorang tu caring!

Lelaki cepat rasa bersalah
- jangan ingat perempuan je tau cepat rasa bersalah. lelaki pun samer jer! Bila dorang rasa bersalah, dorang akan minta maaf dekat korang.[walaupon esok kemungkinan dia akan buat lagi], tapi akhirnya mereka akan minta maaf juga.:) [susah nak percaya kan???]

Lelaki tak suka tunjuk perasaan mereka
- ini memang terjadi depan mata aku. ya. Ada sorang kawan aku ni, Afiq nama dia. Dia baru je putus cinta dengan kekasih idaman dia. Tapi dekat kelas dia cool je macam tak dak pape berlaku. tapi kalau depan ex awek dia, BAPAK SERIUS~! Sah lah. lelaki tak suka tunjuk perasaan mereka depan depan. Mereka tak nak oran yang tidak berkenaan tahu.

Lelaki pentingkan kekemasan
- yang ini pun memang aku mengalami. cikgu BM agihkan kitorang pada kumpulan. And ketua kumpulan aku,[iaitu seorang lelaki] ditugaskan untuk menyediakan nota bertaip untuk tajuk yang kitorang kena bentangkan. Lepas dia print out, kitorang[iaitu aku] kena photostat nota itu untuk diedarkan kpd kelas. So dia bagi dekat aku kertas tersebut. dia letak sehelai kertas a4 kosong di depan dan belakang nota yg dah ditaip. Aku tanya dia. "Nak buat apa kertas kosong kat depan ni?" Dia jawab "untuk elak nota tu dari kotor lah..." 
Ok. Kalau aku, aku pon takkan buat macam itu. bazir kertas je...=__= Tapi tu lah. Lelaki...

Lelaki pentingkan rambut mereka
- ini rasernyer sume orang tahu. kalau bagi perempuan, rambut adalah mahkota, kalau bagi lelaki, rambut adalah jantung dan paru paru mereka. lelaki resah kalau rambut mereka tidak eperti yang mereka inginkan. perkara ni terjadi depan mata aku gak. ada sorang rakan sekelas aku ni, dia asyik tengok cermin je kerjenyer. alasan, nak maintain rambut. maner maner dia pergi, dia akan tanya "rambut aku okay tak?rambut aku okay tak?" pesanan perempuan, SETOP EIT!!! Sudahlah. ko dah hensem dah. tak yah nak tengok cermin selang seminit! ia hanya membuat kan orang lain rimas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...