Thursday 14 April 2011

5 Sifat Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu

Kita selalu berkata yang budak lelaki ni adalah jenis yang "tidak kesah" dan "tidak mengambil berat" kan? memang, ada sesetengah lelaki memang berhati batu dan memang tidak boleh diajar. Tapi bagi kebanyakkan lelaki, mereka sebenarnya amat mengambil berat akan perempuan. Aku oleh buktikan. :)







Lelaki bersifat "melindungi"
- ok, ini terjadi dekat tempat tusyen aku tadi. Ada sorang kawan perempuan aku ni, Madie namanya. After tuition, dia tunggu mak dia, tapi mak dia datang lambat siket.[kawan kawan lain dah balik dah] And then 2 orang budak laki sekolah aku datang berborak dengan dia. Mereka berdua ni naik motor. so patutnya, kalau dorang nak balik, dorang dah memang boleh balik lah kan? Tapi tak. Dorang teman gak kawan aku si Madie tu. Sampailah turns aku nak balik lak, dorang maseyh ada dekat situ temankan Madie. Dahsyatkan? itulah sikap laki. Dorang tak nak tunjuk yang dorang tu caring!

Lelaki cepat rasa bersalah
- jangan ingat perempuan je tau cepat rasa bersalah. lelaki pun samer jer! Bila dorang rasa bersalah, dorang akan minta maaf dekat korang.[walaupon esok kemungkinan dia akan buat lagi], tapi akhirnya mereka akan minta maaf juga.:) [susah nak percaya kan???]

Lelaki tak suka tunjuk perasaan mereka
- ini memang terjadi depan mata aku. ya. Ada sorang kawan aku ni, Afiq nama dia. Dia baru je putus cinta dengan kekasih idaman dia. Tapi dekat kelas dia cool je macam tak dak pape berlaku. tapi kalau depan ex awek dia, BAPAK SERIUS~! Sah lah. lelaki tak suka tunjuk perasaan mereka depan depan. Mereka tak nak oran yang tidak berkenaan tahu.

Lelaki pentingkan kekemasan
- yang ini pun memang aku mengalami. cikgu BM agihkan kitorang pada kumpulan. And ketua kumpulan aku,[iaitu seorang lelaki] ditugaskan untuk menyediakan nota bertaip untuk tajuk yang kitorang kena bentangkan. Lepas dia print out, kitorang[iaitu aku] kena photostat nota itu untuk diedarkan kpd kelas. So dia bagi dekat aku kertas tersebut. dia letak sehelai kertas a4 kosong di depan dan belakang nota yg dah ditaip. Aku tanya dia. "Nak buat apa kertas kosong kat depan ni?" Dia jawab "untuk elak nota tu dari kotor lah..." 
Ok. Kalau aku, aku pon takkan buat macam itu. bazir kertas je...=__= Tapi tu lah. Lelaki...

Lelaki pentingkan rambut mereka
- ini rasernyer sume orang tahu. kalau bagi perempuan, rambut adalah mahkota, kalau bagi lelaki, rambut adalah jantung dan paru paru mereka. lelaki resah kalau rambut mereka tidak eperti yang mereka inginkan. perkara ni terjadi depan mata aku gak. ada sorang rakan sekelas aku ni, dia asyik tengok cermin je kerjenyer. alasan, nak maintain rambut. maner maner dia pergi, dia akan tanya "rambut aku okay tak?rambut aku okay tak?" pesanan perempuan, SETOP EIT!!! Sudahlah. ko dah hensem dah. tak yah nak tengok cermin selang seminit! ia hanya membuat kan orang lain rimas.




Sunday 10 April 2011

YaNa Yassin 1st Giveaway

YaNa Yassin 1st Giveaway


Fuyo... best gak! Nak juin!!! Thanks Yana coz doing this GiveAway~! Aku ternotice bende ni dekat dashboard aku... apa lagi?? aku pun nak la join gak... wah... aku nak gak contact lens tu... TT^TT [aku hodoh la pakai spec] Chop. Yes. I wear spectacles. :B



Aku tag:-

.:Alia:.
.:Lim Ah Ra:.
.:Wawa

Spread The News~! :DDD

Saturday 9 April 2011

Fakta Pelik- Penggali Kubur Tidak Pakai Spender???

Korang nak tahu tak selama ni, semua penggali kubur tak pakai spender??? Pada yang dah tahu, ok lah. pada yang belum tahu, meh, budak sekolah nak bagi tahu. 


Sebenarnye, fakta ni aku dapat daripada puan emak yang dapat dari kawan beliau yang dapat menerusi orang lain. Lantaklah dari mana pun kebenaran ini berasal tapi sekarang sudah terang lagi bersuluh yang SEMUA pengali kubur tidak memakai spender.


korang tahu tak kenape?? Tahu? Tak tahu?? 


Aku nak korang pikir dulu....


***


***


***


***


***


***


***


***


***


***


Dah dapat jawapannyer? Atau sudah menyerah? 


Ok, cuba kita pikir rasional, memanglah penggali kubur tak pakai spender, sebab, macammane nak gali kubur kalau pakai[guna] spender? Mestilah dia gali kubut guna cangkul, bukan?


Hakhak. Terkena jugak korang akhirnyer~~~

Thursday 7 April 2011

Peka, peka, peka.

Oh no. Bukan Pikachu ye...  Jangan korang ingat ni Pikachu dekat citer Pokemon tu plak ye... 






owkeh. Ugh... Yang ni aku malas nak cerita sebenarnyer... Tapi memandangkan kerje tu, (peka) dah makin berlambak dan berlonggok, kenelah aku siapkan nyer juga. =___='


Ni lah padah budak budak science stream... terok sial... Memang orang akan pandang "tingi" pada orang yang amik pure science, tapi padahnyer, hanya orang yang amik je yang tahu. Serious, aku tak tipu.


kalau dulu time form three, hanya subjek Science yang ada Peka, kan? Tapi jika anda budak science stream, Biology ada peka, Chemistry ada peka, Physics pun ada peka. Teruk kan? Bukan satu peka, tapi ada dalam 4 hingga 5 peka untuk SETIAP subjek science berkenaan. T^T


Tambahan plak aku ni jenis yang suka tangguh kerja, hai... lagilah parah... tu yang aku kene siapkan gak ni... adoyai... kan bagus kalu aku bole happy buat kerje rumah macam gambar di bawah ini... :'D

Tuesday 5 April 2011

gunakan BLOGSPOT sabagai medium untuk ulangkaji???

Disebabkan aku selalu menghabiskan maser aku dengan "beronline'. so aku ingat aku nak buat entri pasal pelajaran arh. Berbaloi gak. sambil menyelam, minum air. Aku pun senang nak ingat and korang pon akan dapat ulangkaji. [if you guys are the SPM victims for this year la...


Saturday 2 April 2011

Hospital, doktor, dan persepsi

Tajuk entri kalini simple je. [simple ke??] Papejelah. Yang penting aku nak kongsi apa yang aku lalui tadi. haha. Semalam maser tuition, kawan aku nasihatkan aku g klinik coz sakit mata aku yang dah kronik tahap gaban. Beliau kata kena ambil suntikan untuk sakit mata. Sebab virus sakit mata ni "hardcore" katanya. Sejauh maner kebenarannyer, aku tak pasti. pertama kali aku dengar sakit mata kene amek suntikan. selalunyer sakit mata kene pakai ubat titis je. . .

******

 So apabila sampai umah, aku pon habaq ar kat mak aku. mak aku cakap: "mepek je ko ni ! maner ader sakit mata kene g suntik??"

Aku membangkang pendapat mak aku itu. 

******

Then arini ayah aku ajak aku g Hospital Selayang. 

picture credits : iffahidayati.blogspot.com

Bnnyak benda aku dengar pasal hospital ni. Salah seorng kawan aku ada pesan, "Walau macam mane teruk pun sakit ko, ko jangan lah g hospital selayang". why? aku pun tak tahu. Tapi dengar khabar, sape yang wat rawatan dekat hospital selayan tu mesti akan mati. contoh yang paling tepat, Din Beramboi .


picture credits : syawalisme.blogspot.com

Aku pun naik cuak gak tadi. ah, lantaklah. Janji, sakit mata ni cepat sembuh coz ari selasa ni ada sekolah aku ada wat lawatan. Yang pasti AKU TAK NAK MISS BENDA TU! T^T

Sampai je dekat hospital tu, aha. aku tak tahu apa nak buat,. Almaklumlah, aku ni bukan selalu g spital. Kali terakhir aku  adalah 11 tahun lalu masa aku umur 6 tahun.

Aku tak tahu yang kena g kaunter saringan dulu sebelum g dekat kaunter pendaftaran. Aiseh. malu kot! aku dah beratur dari awal and then kene halau coz tak g kaunter saringan tuh. =___=
[tak la sampai halau, cuma acik tu suruh aku g dekat tempat saringan tu je balik. hakhak.]

Ok, akirnya selesai bab pendaftaran. Skang kene tunggu lak. Pergh... bukan main ramai orang yang datang! Lamer gak lah aku kene tunggu. Then aku terbaca satu notice nih.

Anda kini berada di zon bukan kritikal [green zone] Masa menuggu mungkin melebihi dari 4 jam. Jika anda ada sebarang masalah, sila beritahu jururawat yang bertugas di sebelah kiri anda atau hubungi 03-*********. Terima kasih.

Cantik.

Maknanyer adalah kes pelajar tingkatan Lima tidur dekat spital kang. haha. Aku dok membayangkan, "apalah yang aku nak buat dengan maser menunggu yang melebihi 4 jam ni??" Tengah aku dok dok pikir, tetiba keluar sorang doktor cina. Aiseh. umor dalam lingkungan 30 hingga 35 [pada pandangan aku lah] wah! Smart dowh! dengan baju doktor kaler putih and cara dia berinteraksi dengan pesakit pesakit dia, nampak caring sungguh! 

Tetiba aku rasa nak tukar cita cita lak. Dulu masa aku umur 6 tahun aku teringin nak jadi doktor. Tapi ntah tetiba aku minat melukis lak... tu yang aku ubah cita cita aku jadi Arkitek. Tapi bila tengok "kesmarttan" doktor cina tadi, aku rasa macam nak jadi doktor lah plak. >///<

Pelik tul aku ni... =___=



Thursday 31 March 2011

Perihal "tetamu" di sebalik pintu dapur

Malam ni, mak and ayah aku takde dekat rumah (Yay!) er...eh! Maksud aku, alaaaah...Ini semua disebabkan 2 sebab ni : 

Apabila bonda dan ayahanda tiada di rumah, makneyer aku bole online sampai pagi.[gembira] 
tetapi disebabkan mak dan ayah takde, akulah yang kene jaga adik aku 2 ekor tu ha. Dorang nak makan, aku kene masak, kemas rumah [yang dah macam tongkang pecah tu]., tu takpe lagi, ni ade lagi satu hal yang lagi gerun. (cer citer, cer citer!)<<< Hantu kak limah. =P

Rumah aku, pintu dapur belakang dia pelik sket. Ha. Walaupon umah aku dekat tingkat 2, tapi bole dikatakan hampir setiap malam, belakang umah aku akan ada "tetamu". Siapa? Tak, dia bukan orang. Tapi is adalah Tikus!

                                                          ngada2 lak tikus nih! Bole siap posing lagi?? wthell??


Kalau time mak ayah ada dekat umah, aku tak lah cuak sangat apabila dengar bunyi macam orang ketuk pintu dapur tu. Tapi sekarang, [time mak ayah aku tengah takde ni], tetiba je pintu tu bergetar-getar macam ada orang ketuk. Ok, itu pelik. Rumah aku dekat tingkat dua, yang dekat kawasan luar dapurnya hanya ada balkoni sahaja. So, untuk seseorang berada di situ adalah mustahil kerana takde tangga pun. tapi peluang untuk sesuatu itu selalu ada. Aku punya cuak takyah citer arh. Straight aku g kol mak aku. 

hello mah. ni Nia.

Kenape kak?

ade bunyi macam orang ketuk pintu belakang lah mah.

Alah, tu tikus lah tu... macam kau tak biasa...

Macam mana kalau tu pencuri??

tak mungkin lah, lagipun maner ader tangga. Ah, takde ape punyalah...


Lebih kurang macam tu lah apa yang aku dan mak aku cakap. Aku sebenarnya nak bukak je pintu tu and tengok apekebende yang dok suke ketok pintu tu. Tapi aku tak berani lah.=___= ada sesiape ynag boleh tolong bukakkan tak?  Bukan sekali dua tikus tu ketuk ketuk pintu, bnyk kali. tiap kali dengar macam bunyi ketuk pintu dekat intu dapur, kenelah menjerit agar tikus tikus lahanat tu beredar. tapi parah kot kalau tiap kali kene buat macam tu. =___=

Hal tikus dah selesai, skang hal nyamuk lak. Eh?? Pesal bnyk sgt nyamuk plak harini?? adess...*sambil menyembur Ridsect ke arah nyamuk*




Wednesday 30 March 2011

Sakit Mata..!!??

Masuk hari ini dah dekat 4 ke 3 hari aku menderita sakit mata. Memang payah! Nak pandang orang pun segan je! Apatah lagi kalau time tu dekat sekolah! Tapi nak wat cmane? Tak datang kang, aku tak paham lak bab bab yang aku dah ter"miss". 


Sebenarnye, "sakit mata" ni bermula dengan kawan adik aku yang bongsu, adik aku yang bongsu ni dok dekat taska. Satu ari tu, salah sorang kawan adik aku tu ada sakit mata, and then it spreads from one people to other people. And sampailah turn adik aku plak yang kene. Hmph! Bila dah adik aku kene, aku pon turut kene juga lah! Hasilnyer, aku juga yang menderita. Aku tak tahu baka sakit mata mana yang adik aku bawak ni. Mata bukan sahaja jadi merah, tapi kelopak mata juga membengkak. 

ok, yang pasti ini bukan gambar mata aku. tapi lebih kurang macam ni lah keadaannya. =__='


Terok kan?? Tu baru saat nak pi sekolah, belum lagi saat nak pi tuition, kelas mengaji, kuar beli barang, pergh... aku kengkadan rasa macam nak je keluar rumah pakai "eye patch" lanun tu.


            


 Cakap pasal lanun, teringat dekat Jack Sparrow.
Cool gak kan beliau? Silap silap aku pun boleh jadi macam dia ni. (versi Malaysia) hakhak!





hmm... kalau dah namanya sakit mata, tak sah kalau tak ada ubat titis mata, kan? ha! cakap pasal ubat titis mata, pergh....aku memang cuak apabila nak menitikkannya ke dalam mata. Takut giler! Apatah lai ubat dari dalam botol tu,(rujuk gambar bawah) lambat sangat nak keluar. Walawei.






Papepun, aku harap sakit mata ni cepat lah berahkir. sampai bila aku nak playing truant (ponteng sekolah) ni?? Adess... dahlah arini ada Additional Mathematics, Chemistry and Biology. =___=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...