Thursday 31 March 2011

Perihal "tetamu" di sebalik pintu dapur

Malam ni, mak and ayah aku takde dekat rumah (Yay!) er...eh! Maksud aku, alaaaah...Ini semua disebabkan 2 sebab ni : 

Apabila bonda dan ayahanda tiada di rumah, makneyer aku bole online sampai pagi.[gembira] 
tetapi disebabkan mak dan ayah takde, akulah yang kene jaga adik aku 2 ekor tu ha. Dorang nak makan, aku kene masak, kemas rumah [yang dah macam tongkang pecah tu]., tu takpe lagi, ni ade lagi satu hal yang lagi gerun. (cer citer, cer citer!)<<< Hantu kak limah. =P

Rumah aku, pintu dapur belakang dia pelik sket. Ha. Walaupon umah aku dekat tingkat 2, tapi bole dikatakan hampir setiap malam, belakang umah aku akan ada "tetamu". Siapa? Tak, dia bukan orang. Tapi is adalah Tikus!

                                                          ngada2 lak tikus nih! Bole siap posing lagi?? wthell??


Kalau time mak ayah ada dekat umah, aku tak lah cuak sangat apabila dengar bunyi macam orang ketuk pintu dapur tu. Tapi sekarang, [time mak ayah aku tengah takde ni], tetiba je pintu tu bergetar-getar macam ada orang ketuk. Ok, itu pelik. Rumah aku dekat tingkat dua, yang dekat kawasan luar dapurnya hanya ada balkoni sahaja. So, untuk seseorang berada di situ adalah mustahil kerana takde tangga pun. tapi peluang untuk sesuatu itu selalu ada. Aku punya cuak takyah citer arh. Straight aku g kol mak aku. 

hello mah. ni Nia.

Kenape kak?

ade bunyi macam orang ketuk pintu belakang lah mah.

Alah, tu tikus lah tu... macam kau tak biasa...

Macam mana kalau tu pencuri??

tak mungkin lah, lagipun maner ader tangga. Ah, takde ape punyalah...


Lebih kurang macam tu lah apa yang aku dan mak aku cakap. Aku sebenarnya nak bukak je pintu tu and tengok apekebende yang dok suke ketok pintu tu. Tapi aku tak berani lah.=___= ada sesiape ynag boleh tolong bukakkan tak?  Bukan sekali dua tikus tu ketuk ketuk pintu, bnyk kali. tiap kali dengar macam bunyi ketuk pintu dekat intu dapur, kenelah menjerit agar tikus tikus lahanat tu beredar. tapi parah kot kalau tiap kali kene buat macam tu. =___=

Hal tikus dah selesai, skang hal nyamuk lak. Eh?? Pesal bnyk sgt nyamuk plak harini?? adess...*sambil menyembur Ridsect ke arah nyamuk*




Wednesday 30 March 2011

Sakit Mata..!!??

Masuk hari ini dah dekat 4 ke 3 hari aku menderita sakit mata. Memang payah! Nak pandang orang pun segan je! Apatah lagi kalau time tu dekat sekolah! Tapi nak wat cmane? Tak datang kang, aku tak paham lak bab bab yang aku dah ter"miss". 


Sebenarnye, "sakit mata" ni bermula dengan kawan adik aku yang bongsu, adik aku yang bongsu ni dok dekat taska. Satu ari tu, salah sorang kawan adik aku tu ada sakit mata, and then it spreads from one people to other people. And sampailah turn adik aku plak yang kene. Hmph! Bila dah adik aku kene, aku pon turut kene juga lah! Hasilnyer, aku juga yang menderita. Aku tak tahu baka sakit mata mana yang adik aku bawak ni. Mata bukan sahaja jadi merah, tapi kelopak mata juga membengkak. 

ok, yang pasti ini bukan gambar mata aku. tapi lebih kurang macam ni lah keadaannya. =__='


Terok kan?? Tu baru saat nak pi sekolah, belum lagi saat nak pi tuition, kelas mengaji, kuar beli barang, pergh... aku kengkadan rasa macam nak je keluar rumah pakai "eye patch" lanun tu.


            


 Cakap pasal lanun, teringat dekat Jack Sparrow.
Cool gak kan beliau? Silap silap aku pun boleh jadi macam dia ni. (versi Malaysia) hakhak!





hmm... kalau dah namanya sakit mata, tak sah kalau tak ada ubat titis mata, kan? ha! cakap pasal ubat titis mata, pergh....aku memang cuak apabila nak menitikkannya ke dalam mata. Takut giler! Apatah lai ubat dari dalam botol tu,(rujuk gambar bawah) lambat sangat nak keluar. Walawei.






Papepun, aku harap sakit mata ni cepat lah berahkir. sampai bila aku nak playing truant (ponteng sekolah) ni?? Adess... dahlah arini ada Additional Mathematics, Chemistry and Biology. =___=

Monday 28 March 2011

Pengalaman Aku Apabila Memula Start Melukis...

Ok, tatabahasa yang hampeh lagi... haha... aku rasa aku memang tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang saterawan/ penulis novel/ penyajak/ ape ape yang memerlukan penggunaan tatabahasa yang teramat strict. Ok, habis part yang mencarut, skang jom kita hayati entri kali ini.

 Kali ni aku nak crita pengalaman pertama kali aku melukis. Sebenarnya minat ni timbul sejak aku form 1. Masa tu aku minat satu anime ni... Nama anime tu adalah Bleach.

Aku jatuh cinta dengan character utama dia... Kurosaki Ichigo nama dia... pergh...memang hensem sial... 


Credits goes to http://tridyrium.deviantart.com/ (Arigatou ne!)


Credits goes to http://benderzz.deviantart.com/ (Arigatou ne!)

Credits goes to http://darksfisher7.deviantart.com/ (Arigatou ne!)

Aku berhasrat untuk try lukis dia. Memula aku lukis, memang buruk tahap gaban lah! Pendek kata, aku pon tak nak ngaku lah  yang tu lukisan aku!


Lebih kurang macam ni lah... Jaoh benar bezanyer kan?
Serius, aku raser macam nak buang je! 
Anatomi tak yah sebot arh, memang hancur giler macam kene langgar dek lori! Lumat dah! Expression muka character macam hampeh! Latar belakang ntah hape-hape. Hakhak! Tapi aku still try dan try...



Kutukan memang selalu ade lah... kengkadang aku raser maca nak give up je... tapi aku tak nak. aku dah terlampau minat sampai aku tak pedulik apa yang orang nak kata. Yang penting, aku puas. :) Lama gak lah aku berlatih nak mahirkan diri aku ni. Susah? Memang susah! Aku latih diri aku untuk lukis setiap hari. Dekat buku teks, buku latihan, sambil aku ulang kaji pon aku akan melukis. "Sambil menyelam minum air" lah katakan. Setelah tiga tahun mencuba, inilah hasilnya...(drumroll please!)




Aku ni lembab siket... T^T Mungkin korang tak la rase apa yang aku dah capai ni satu "pencapaian yang besar" tapi bagi aku, susah dowh nak ke tahap ni... Susah giler... Giler pon tak susah macam ni... haha.. korang nampak tak perbezaannya? ya, dulu anatomy aku terok nak mampos, tapi sekarang ok ar siket...(tapi belum la sempurna sangat). Dari segi pengwarnaan plak, dulu aku guna media traditional, skang dah berpindah kepada digital. (at least digital nampak lebih kemas berbanding traditional..hehe!) (Terima kasih mama kerana belikan laptop untuk Nia!)>3>

Kesimpulannya dekat sini, kalau kita betul betul nakkan sesuatu, jangan putus asa! Biarlah orang nak kata ape, nak perhanjingkan kita ke ape, biarkan! Lantak dorang. Yang penting kita capai matlamat kita. Ganbatte!

p/s: kalau korang nak tahu, http://fading-night.deviantart.com/ tu adalah account deviantart aku. :)

Sepatah Dua Kata

Ok, aku masih baru dalam bidang ni. >///< Jadi blog ni macam agak..."kosong" eh? Tapi takpe, aku akan penuhkannya dengan seberape segera. :D Tapi sebelum tu, aku nak minta maaf, sebab blog aku ni mengandungi banyak kesalahan tatabahasa yang mungkin tidak bolkeh dimaafkan lagi. T^T. Bhahax! Kepada guru guru BM yang sedang membaca blog ini, janganlah marah pada saya ye...=P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...