Monday 28 March 2011

Pengalaman Aku Apabila Memula Start Melukis...

Ok, tatabahasa yang hampeh lagi... haha... aku rasa aku memang tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang saterawan/ penulis novel/ penyajak/ ape ape yang memerlukan penggunaan tatabahasa yang teramat strict. Ok, habis part yang mencarut, skang jom kita hayati entri kali ini.

 Kali ni aku nak crita pengalaman pertama kali aku melukis. Sebenarnya minat ni timbul sejak aku form 1. Masa tu aku minat satu anime ni... Nama anime tu adalah Bleach.

Aku jatuh cinta dengan character utama dia... Kurosaki Ichigo nama dia... pergh...memang hensem sial... 


Credits goes to http://tridyrium.deviantart.com/ (Arigatou ne!)


Credits goes to http://benderzz.deviantart.com/ (Arigatou ne!)

Credits goes to http://darksfisher7.deviantart.com/ (Arigatou ne!)

Aku berhasrat untuk try lukis dia. Memula aku lukis, memang buruk tahap gaban lah! Pendek kata, aku pon tak nak ngaku lah  yang tu lukisan aku!


Lebih kurang macam ni lah... Jaoh benar bezanyer kan?
Serius, aku raser macam nak buang je! 
Anatomi tak yah sebot arh, memang hancur giler macam kene langgar dek lori! Lumat dah! Expression muka character macam hampeh! Latar belakang ntah hape-hape. Hakhak! Tapi aku still try dan try...



Kutukan memang selalu ade lah... kengkadang aku raser maca nak give up je... tapi aku tak nak. aku dah terlampau minat sampai aku tak pedulik apa yang orang nak kata. Yang penting, aku puas. :) Lama gak lah aku berlatih nak mahirkan diri aku ni. Susah? Memang susah! Aku latih diri aku untuk lukis setiap hari. Dekat buku teks, buku latihan, sambil aku ulang kaji pon aku akan melukis. "Sambil menyelam minum air" lah katakan. Setelah tiga tahun mencuba, inilah hasilnya...(drumroll please!)




Aku ni lembab siket... T^T Mungkin korang tak la rase apa yang aku dah capai ni satu "pencapaian yang besar" tapi bagi aku, susah dowh nak ke tahap ni... Susah giler... Giler pon tak susah macam ni... haha.. korang nampak tak perbezaannya? ya, dulu anatomy aku terok nak mampos, tapi sekarang ok ar siket...(tapi belum la sempurna sangat). Dari segi pengwarnaan plak, dulu aku guna media traditional, skang dah berpindah kepada digital. (at least digital nampak lebih kemas berbanding traditional..hehe!) (Terima kasih mama kerana belikan laptop untuk Nia!)>3>

Kesimpulannya dekat sini, kalau kita betul betul nakkan sesuatu, jangan putus asa! Biarlah orang nak kata ape, nak perhanjingkan kita ke ape, biarkan! Lantak dorang. Yang penting kita capai matlamat kita. Ganbatte!

p/s: kalau korang nak tahu, http://fading-night.deviantart.com/ tu adalah account deviantart aku. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...