Saturday 2 April 2011

Hospital, doktor, dan persepsi

Tajuk entri kalini simple je. [simple ke??] Papejelah. Yang penting aku nak kongsi apa yang aku lalui tadi. haha. Semalam maser tuition, kawan aku nasihatkan aku g klinik coz sakit mata aku yang dah kronik tahap gaban. Beliau kata kena ambil suntikan untuk sakit mata. Sebab virus sakit mata ni "hardcore" katanya. Sejauh maner kebenarannyer, aku tak pasti. pertama kali aku dengar sakit mata kene amek suntikan. selalunyer sakit mata kene pakai ubat titis je. . .

******

 So apabila sampai umah, aku pon habaq ar kat mak aku. mak aku cakap: "mepek je ko ni ! maner ader sakit mata kene g suntik??"

Aku membangkang pendapat mak aku itu. 

******

Then arini ayah aku ajak aku g Hospital Selayang. 

picture credits : iffahidayati.blogspot.com

Bnnyak benda aku dengar pasal hospital ni. Salah seorng kawan aku ada pesan, "Walau macam mane teruk pun sakit ko, ko jangan lah g hospital selayang". why? aku pun tak tahu. Tapi dengar khabar, sape yang wat rawatan dekat hospital selayan tu mesti akan mati. contoh yang paling tepat, Din Beramboi .


picture credits : syawalisme.blogspot.com

Aku pun naik cuak gak tadi. ah, lantaklah. Janji, sakit mata ni cepat sembuh coz ari selasa ni ada sekolah aku ada wat lawatan. Yang pasti AKU TAK NAK MISS BENDA TU! T^T

Sampai je dekat hospital tu, aha. aku tak tahu apa nak buat,. Almaklumlah, aku ni bukan selalu g spital. Kali terakhir aku  adalah 11 tahun lalu masa aku umur 6 tahun.

Aku tak tahu yang kena g kaunter saringan dulu sebelum g dekat kaunter pendaftaran. Aiseh. malu kot! aku dah beratur dari awal and then kene halau coz tak g kaunter saringan tuh. =___=
[tak la sampai halau, cuma acik tu suruh aku g dekat tempat saringan tu je balik. hakhak.]

Ok, akirnya selesai bab pendaftaran. Skang kene tunggu lak. Pergh... bukan main ramai orang yang datang! Lamer gak lah aku kene tunggu. Then aku terbaca satu notice nih.

Anda kini berada di zon bukan kritikal [green zone] Masa menuggu mungkin melebihi dari 4 jam. Jika anda ada sebarang masalah, sila beritahu jururawat yang bertugas di sebelah kiri anda atau hubungi 03-*********. Terima kasih.

Cantik.

Maknanyer adalah kes pelajar tingkatan Lima tidur dekat spital kang. haha. Aku dok membayangkan, "apalah yang aku nak buat dengan maser menunggu yang melebihi 4 jam ni??" Tengah aku dok dok pikir, tetiba keluar sorang doktor cina. Aiseh. umor dalam lingkungan 30 hingga 35 [pada pandangan aku lah] wah! Smart dowh! dengan baju doktor kaler putih and cara dia berinteraksi dengan pesakit pesakit dia, nampak caring sungguh! 

Tetiba aku rasa nak tukar cita cita lak. Dulu masa aku umur 6 tahun aku teringin nak jadi doktor. Tapi ntah tetiba aku minat melukis lak... tu yang aku ubah cita cita aku jadi Arkitek. Tapi bila tengok "kesmarttan" doktor cina tadi, aku rasa macam nak jadi doktor lah plak. >///<

Pelik tul aku ni... =___=



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...